Doktor tak senonoh: Polis serah tiga kertas siasatan kepada TPR

Doktor tak senonoh: Polis serah tiga kertas siasatan kepada TPR

HAMZAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Sebanyak tiga kertas siasatan berhubung kes seorang doktor pakar yang didakwa berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakitnya telah diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) ketika ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad dalam satu sidang akhbar di sini.

“Kita sudah serahkan kertas siasatan itu kepada TPR. Jadi, kita tunggu arahan selanjutnya daripada mereka sahaja,” ujar beliau.

Terdahulu, suspek ditahan buat kali pertama atas dakwaan berkelakuan tidak senonoh di tempat kerja pada 26 Februari lalu.

Selepas dibebaskan, doktor itu bagaimanapun ditahan semula pada 6 Mac lalu kerana disyaki melakukan kesalahan sama terhadap seorang pesakit wanita warga tempatan di sebuah klinik swasta di Pulau Tikus, tahun lalu.

Suspek kemudian ditahan buat kali ketiga pada 10 Mac selepas seorang lagi wanita warga asing tampil membuat laporan polis selepas mendakwa turut untuk menanggalkan pakaian ketika melakukan pemeriksaan jantung di sebuah hospital pada 20 Februari lalu.

Dalam perkembangan lain, Hamzah memberitahu, sebanyak 478 permit menjual mercun dan bunga api telah dikeluarkan di Pulau Pinang bermula 1 Jan sehingga Jumaat lalu termasuk permit untuk jualan sempena Aidilfitri ini.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 486 permit telah dipohon untuk tujuan tersebut, namun, lapan daripadanya terpaksa ditolak.

“Antara sebab penolakan itu ialah kerana pemohon ada rekod lampau selain tiada kelulusan permit perniagaan daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) serta Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya