Doktor didakwa rogol pembantu klinik

Doktor didakwa rogol pembantu klinik

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang doktor klinik swasta mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap pembantu klinik itu, minggu lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Dr. Mohd Rafi’uddin Hamidon, 35, didakwa telah merogol mangsa yang berusia 21 tahun di antara pukul 4 dan 5 pagi, 15 Mac lalu di dalam bilik stor sebuah klinik di Pantai Dalam di sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 375(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Lelaki berkenaan juga didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan tabii terhadap pembantu klinik itu pada masa, tarikh dan tempat sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd. Latip tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana ia membabitkan kesalahan yang tidak boleh dijamin dan serius.

Sementara itu, peguam bela, Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan jaminan kerana anak guamnya perlu menanggung keluarga.

“Tertuduh merupakan bapa tiga anak dengan dengan anak bongsu yang baru lahir. Pihak pembelaan juga tiada bantahan sekiranya mahkamah meletakkan apa-apa syarat tambahan,” kata peguam itu.

Hakim. Mohd. Zaki kemudian bertanya sama ada Dr. Mohd Rafi’uddin masih berkhidmat di klinik itu dan tertuduh menjawab tidak.

Mahkamah seterusnya membenarkan tertuduh dijamin RM18,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga diperintahkan agar menyerahkan pasport kepada mahkamah, tidak mengganggu saksi pendakwaan serta melapor diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 April ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya