'Doa kami makbul, masih trauma' - Pengawal peribadi

‘Doa kami makbul, masih trauma’ – Pengawal peribadi

MOHD. AZMINIZAM Zulkepli (bertopi) dan Ahmad Shamsuri Zailani hadir di Mahkamah Majistret Klang, Selangor, hari ini. -FOTO/ ISKANDAR ISHA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KLANG: “Syukur doa kami selama empat tahun termakbul biarpun masih trauma dengan kejadian itu.”

 

Demikian luahan dua pengawal peribadi, Mohd. Azminizam Zulkepli, 48, dan Ahmad Shamsuri Zailani, 31, selepas bekas majikan mereka dipenjara enam tahun 10 bulan serta didenda RM22,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

 

Menurut Azminizam, dia masih trauma dengan kejadian ketika berpuasa pada 2021.

 

“Niat saya hanya ingin menunaikan ibadah Ramadan, tetapi sebaliknya dihina dan dicederakan majikan sendiri. Syukur doa kami dimakbulkan, lebih-lebih lagi keputusan mahkamah ini dibuat dalam bulan puasa,” katanya sebak ketika ditemui selepas prosiding kes itu.

 

Tambah beliau, tugas pengawal peribadi adalah menjaga majikannya dan bukannya dipukul atau dihina.

 

Ahmad Shamsuri pula menyifatkan keputusan itu sebagai keadilan setelah empat tahun menanti.

 

“Perjuangan kami akhirnya berbaloi. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus menyokong dan mendoakan kami,” ujarnya.

 

Terdahulu, ahli perniagaan Chung Chee Yang, 47, disabitkan bersalah dengan penjara enam tahun 10 bulan dan didenda RM22,000 atas tiga pertuduhan menghina, mengugut serta mencederakan pengawal peribadinya kerana berpuasa.

 

Berdasarkan pertuduhan, dia mengugut dengan mengacukan pistol ke arah Azminizam, mengeluarkan kata-kata menghina Islam serta mencederakan mangsa di luar sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi, antara pukul 9.30 hingga 10.30 malam, 13 April 2021.

 

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506, 298 dan 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya