Didakwa liabiliti Pas, Sanusi pelawa tinggal di Kedah kenali beliau

Didakwa liabiliti Pas, Sanusi pelawa tinggal di Kedah kenali beliau

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor meminta pemerhati politik, Dr. Zaharuddin Sani Sabri mengemukakan data dan fakta berkaitan kenyataan mengatakan beliau sebagai satu liabiliti untuk Pas. 

Pengarah Pilihan Raya Pas itu juga berkata, bekas Ketua Pengarah Hal Ehwal Khas (JASA) itu perlu berhenti daripada melontarkan isu picisan dan remeh seperti itu tanpa mengemukakan kajian mendalam berhubung situasi di Kedah ketika ini. 

“Dia (Dr Zaharuddin) bercakap itu berdasarkan fakta apa? Tidak ada? Sandaran apa? Dia ada PHD? Kalau ada kena cakap berdasarkan data dan analisis. 

“Kalau tidak ada semua itu, tidak payahlah melontar isu remeh, picisan. Kena belajar lagi, mai dok Kedah dua tiga hari tahulah, kenai Sanusi. Kalau dok KL (Kuala Lumpur) mana kenal kite,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Tanah antara PKNK dan SRM Utama Selambau Sdn Bhd bagi pembangunan Loji Tenaga Solar di Bandar Amanjaya, Sungai Petani. 

Beliau mengulas kenyataan bekas Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu yang berpandangan kedudukan Muhammad Sanusi sebagai Menteri Besar dilihat agak rapuh selain didakwa menerima tekanan daripada Pas Pusat.

Menurut Dr. Zaharuddin, berdasarkan senario berkenaan, Muhammad Sanusi dilihat sebagai satu liabiliti kepada parti itu kerana kelantangannya, isu peribadi, tata kelola dan dakwaan gagal dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Muhammad Sanusi bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.  

“Kena tanya orang lain selain daripada saya, saya tidak tahu dan jangan tanya dia (Dr Zaharuddin). Belajar banyak sikit mai kenai dengan Sanusi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya