DEWAN NEGARA: RM126.2 juta insentif i-Saraan, i-Suri pada 2024

RM126.2 juta insentif i-Saraan, i-Suri disalurkan pada 2024

AMIR HAMZAH AZIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyalurkan RM126.2 juta bagi insentif i-Saraan dan i-Suri pada 2024, dengan jumlah penerima meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, i-Saraan menerima peruntukan RM114.8 juta melibatkan 529,667 ahli, meningkat daripada RM54.7 juta kepada 383,082 ahli pada 2023.

“Jumlah caruman keseluruhan i-Saraan pada 2024 ialah RM2.6 bilion berbanding RM1.44 bilion pada 2023,” katanya di Dewan Negara bagi menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda mengenai peruntukan program i-Saraan dan i-Suri KWSP pada 2023 dan 2024.

Katanya, bagi i-Suri, seramai 75,196 ahli menerima insentif RM11.4 juta pada 2024, meningkat 77 peratus daripada 42,759 penerima pada 2023.

“Kerajaan turut menaikkan insentif padanan i-Saraan daripada 15 kepada 20 peratus, tertakluk kepada maksimum RM500 setahun dan had seumur hidup RM5,000 bagi individu bawah 60 tahun.

“I-Suri dan kadar insentif turut ditetapkan pada 50 peratus setiap ringgit yang dicarumkan dengan had maksimum RM300 setahun dan RM3,000 seumur hidup bagi individu bawah 55 tahun,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga meningkatkan peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion pada 2025 berbanding RM10 bilion pada 2024.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya