Derita kanser tahap empat, pemain ragbi harap sempat sambut

Derita kanser tahap empat, pemain ragbi harap sempat sambut Aidilfitri

MOHAMAD NASIRUDIN Md. Zen menunjukkan gambar ketika dia aktif dalam sukan ragbi. - UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ramadan kali ini menjadi ujian terbesar bagi bekas pemain ragbi, Mohamad Nasirudin Md. Zen, 39, yang kini bertarung dengan kanser usus dan hati tahap empat.

Dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot, harapannya hanya satu agar diberi peluang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

Mohamad Nasirudin berkata, sebelum ini dia aktif bekerja sebagai penghantar barang untuk menyara keluarga, namun sejak empat bulan lalu pergerakannya terbatas.

“Penyakit saya mula dikesan pada Aidilfitri tahun lalu selepas mengalami sakit perut berterusan. Pemeriksaan lanjut mengesahkan kanser saya sudah merebak ke hati. Sejak itu, saya sering rasa sesak nafas walaupun berjalan sebentar, hilang selera makan dan kerap letih. Berat badan saya asalnya 108 kilogram (kg) kini hanya tinggal 59 kg.

“Dunia saya gelap sekelip mata. Saya jenis suka bersukan, tiba-tiba diuji sebegini. Pernah sebulan langsung tidak boleh makan. Sejak itu, saya elakkan makanan bergandum dan susu, tetapi kanser ini tetap merebak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jambatan Duyong di sini, semalam.

Selain menanggung kesakitan, tekanan hidup juga semakin mencengkam kerana dia tidak lagi mampu bekerja.

Isterinya, Norhayati Hassan, 42, perlu menguruskan segala keperluan suami dan ibu mentua yang uzur tanpa pendapatan tetap.

Demi menampung kos kehidupan, Nasirudin kini menjual koleksi barang antik yang dikumpulnya selama ini, termasuk motosikal kesayangannya iaitu Yamaha Pasolla dan Yamaha YB.

“Saya suka kumpul barang antik, separuh sudah saya jual. Pasolla motosikal pertama saya, itu yang paling berat untuk dilepaskan. Tetapi saya tiada pilihan,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Affin Bank 200328038486 atas nama Mohamad Nasirudin Md. Zen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya