Demam babi Afrika: Harga daging babi dijangka meningkat

Demam babi Afrika: Harga daging babi dijangka meningkat

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Harga daging babi di seluruh negara dijangka meningkat susulan jangkitan wabak demam babi Afrika (ASF) di ladang ternakan terutama Selangor.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ribuan ekor haiwan itu terpaksa dilupuskan di Sepang dan Kuala Langat seperti yang pernah berlaku di Melaka sebelum ini.

“Masyarakat bukan Islam bakal menghadapi masalah harga daging babi meningkat susulan banyak ladang dijangkiti penyakit itu.

“Kita bersimpati kepada mereka yang memakan daging itu kerana harganya amat tinggi dan bergantung kepada import,” katanya selepas merasmikan program Semarak Syawal Peringkat Kebangsaan di Pasar Tani Taman Sri Andalas di sini, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan sebanyak 58 ladang di Selangor disahkan positif jangkitan ASF dengan 14,000 ekor haiwan itu selesai dilupuskan setakat ini.

Kesemua ladang ternakan babi itu masing-masing 55 di Kuala Langat dan tiga di Sepang.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor, Dr. Hassuzana Khalil memaklumkan, sebanyak 58 daripada 114 ladang dikesan terjangkit ASF dan diberi perintah pelupusan mengikut Seksyen 19 Akta Binatang 1953 (Akta 647) bagi menyawal wabak itu daripada terus merebak. 

Mengulas lanjut, kata Mohamad, kerajaan sedang berusaha mencari jalan supaya penternak dapat terus menternak babi baharu.

“Kita akan melihat bagaimana mahu memulihkan penternakan itu dan kedudukan penternak terlibat. Mereka jelas menghadapi masalah yang besar akibat serangan ASF tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya