Dataran Lobak jadi tumpuan menjelang Aidilfitri

Dataran Lobak jadi tumpuan menjelang Aidilfitri

ANTHONY Loke Siew Fook turut tidak melepaskan peluang mengunjungi Dataran Lobak, Seremban yang dihiasi pelbagai rekaan lampu hiasan sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Setiap kebiasaan apabila tibanya musim perayaan, Dataran Lobak yang dihiasi lampu berwarna-warni pasti menjadi tumpuan masyarakat sekitar.

 

Begitu juga untuk tibanya Aidilfitri kali ini, kawasan lapang berkenaan telah dihiasi pelbagai rekaan lampu seperti rekaan ketupat, pelita panjut yang menjadi simbolik perayaan. 

 

Panorama lampu-lampu hiasan itu menjadi tarikan pengunjung pelbagai bangsa untuk merakam gambar kenangan bersama keluarga dan rakan-rakan.

 

Pengunjung dari Senawang, V.Santhini 25, berkata, seperti musim perayaan lain sebelum ini, dia dan keluarga kali ini juga tidak melepaskan peluang untuk melihat hiasan sempena sambutan Aidilfitri.

 

“Memang saya tidak lepaskan peluang kerana pemandangan hiasan lampu ini pada waktu malam memang menarik. 

 

“Sudah tentu saya juga sedikit sebanyak dapat merasai kemeriahan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi,” katanya.

 

Sementara itu Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif yang diambil untuk menghias dataran itu adalah sangat baik terutama bagi mengeratkan silaturahim,

 

“Saya datang melihat sendiri lampu hiasan baharu sempena Hari Raya Aidilfitri. Inilah manfaat ruang komuniti seperti ini, bukan sahaja menjadi tempat mengeratkan silaturahim, tetapi juga mencipta suasana meriah untuk sambutan perayaan.

 

“Dengan adanya kemudahan seperti ini, masyarakat setempat boleh mengadakan pelbagai aktiviti acara komuniti yang menghidupkan lagi kawasan ini. Semoga Dataran Lobak terus menjadi ruang yang memberi manfaat kepada semua,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya