Darren Wang disiasat atas dakwaan cubaan membunuh

Darren Wang disiasat atas dakwaan cubaan membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW TAIPEI: Pelakon Taiwan, Darren Wang menjalani sesi soal siasat atas dakwaan menjadi dalang serangan terhadap seorang pemandu teksi serta disabitkan atas kesalahan cubaan membunuh.

Difahamkan, siasatan tersebut berlangsung di Pejabat Pendakwa Daerah New Taipei City, malam tadi.

Menurut laporan media tempatan, polis mengesahkan pelakon itu telah merancang serangan tersebut dengan rakannya yang bernama Yu kerana tidak berpuas hati dengan kualiti kenderaan, perkhidmatan serta tindakan pemandu mengambil laluan yang lebih lama daripada yang diperlukan.

Kata polis, pemandu teksi tersebut telah mengalami kecederaan selepas dipukul teruk dalam serangan.

Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Jabatan Polis New Taipei City dan Presint Yonghe New Taipei City turut melakukan serbuan di empat lokasi untuk menahan kedua-dua suspek, semalam.

Sementara itu, pelakon yang membintangi filem Our Times itu turut menjalani siasatan berasingan atas dakwaan menggunakan dokumen perubatan palsu untuk mengelak perkhidmatan ketenteraan wajib, pada bulan lalu.

Bagaimanapun, Mahkamah Daerah New Taipei City membenarkan Wang dibebaskan dengan jaminan NT$150,000 (RM20,321.152) namun, siasatan masih diteruskan.

Polis juga sedang meneliti kaedah yang digunakan yang berkemungkinan mempunyai penglibatan daripada institusi perubatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN