Dapat berita dia meninggal semasa penggambaran – Harissa Adlynn - Utusan Malaysia

Dapat berita dia meninggal semasa penggambaran – Harissa Adlynn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU berusia 22 tahun, pelakon, Harissa Adlynn sudah arif meletakkan makna hidup bukan kepada perkara sementara dan materi. 

Di kala pendatang muda lain sesekali lupa diri, atau terkejut mula merasai populariti, pelakon ini sudah mempertaruhkan muda lain sesekali lupa diri, atau terkejut mula merasai populariti, pelakon ini sudah mempertaruhkan  nyawa menghantar bantuan kemanusiaan di kem pelarian rakyat Palestin di sempadan Jordan. 

Ini bukan kali pertama kerja kebajikan pelakon Dedaun Hijau Di Angin Lalu pun dia kerap memberikan menjadi itu diperkatakan. Sebelum ini pun dia kerap memberikan bantuan makanan di samping menjadi tenaga bantuan makanan di samping tenaga pengajar sekolah bimbingan anak-anak miskin bandar. 

Sempena Ramadan, Pancaindera berbual empat mata dengan pelakon muda ini bagi bertanya mengenai inspirasi dirinya. Siapa sangka rupanya Harissa mempunyai sebab yang memilukan ketika memulakan usaha kebajikan ini. Jawablah Harissa. Harissa mempunyai sebab yang memilukan ketika memulakan usaha kebajikan ini. Jawablah Harissa.

Kalau boleh kita undur semula masa, apa sebenarnya yang membuatkan Harissa aktif dalam kerja kebajikan? 

Sebenarnya ia bermula ketika sambutan hari lahir saya yang keenam. Saya orang yang suka membaca sejak kecil. Waktu hari lahir, ibu bawa saya ke rumah anak yatim dan beri buku saya berkotak-kotak kepada mereka. Sudah tentu saya terkejut dan menangis. Lepas saya masuk ke dalam rumah mereka, barulah saya faham kesusahan dialami dan berubah kiran. Itu permulaan membuatkan saya tidak berhenti lakukan kebajikan. 

Sepanjang membantu golongan memerlukan, apakah momen paling menyentuh? 

Beberapa tahun lalu saya kehilangan ayah akibat kanser usus dan saya sangat rapat dengan ibu kerana tiada adik beradik lain. Saya tidak boleh bayangkan hidup tanpa ibu. Sebab itu, saya agak emosional jika pergi ke rumah orang tua. Saya ter kir, bagaimanalah mereka boleh sanggup biarkan ibu ayah di bawah peliharaan orang lain. Adakah hidup anda terlalu sibuk sampai tidak boleh nak sisakan tenaga jaga orang tua? Setiap kali ke sana, saya menangis teresak-esak sebab boleh rasa yang orang tua ini trauma ditinggalkan.

Maaf, tadi cakap bapa sudah meninggal, kalau tidak kisah berkongsi, bila arwah meninggal dunia?

Arwah ayah meninggal pada 2022 kerana kanser usus, tapi dia sudah sakit sejak 2015. Waktu itu umur saya 12 tahun. Saya kerap berkampung di Hospital Pantai termasuklah waktu UPSR dan PT3. Ketika itu sakit ayah menyerang dan dia berada di unit rawatan rapi.

Menghadapi semua itu pada usia yang sangat muda, apa yang menguatkan Harissa ketika itu?

Kalau tanya sekarang, saya sebenarnya tidak rasa yang saya ‘pulih’ daripada momen itu. Tapi memikirkan arwah abah sudah sakit terlalu lama sampai bertahun-tahun, saya bersyukur dia sudah berada di tempat yang lebih baik. Saya masih ingat kali terakhir tatap jenazah arwah bapa,  wajahnya nampak sangat tenang, dia tersenyum dan saya gembira sekarang sudah boleh berehat dengan tenang.

Ingat tak saat terakhir bertemu ayah? 

Sewaktu ayah meninggal dunia saya sedang menjalani penggambaran sebuah lem. Waktu itu pengarah terus peluk saya dan umumkan penggambaran ditangguhkan. Tapi sebelum pergi, ayah sempat mesej salah seorang ahli keluarga, dia mahu bercakap dengan saya. Tapi ketika itu saya bekerja. Jadi, kami tidak sempat untuk berbual secara berdepan.

Dalam kata yang ringkas, Harissa ingin mengingat arwah sebagai orang yang bagaimana?

Ayah tidak pernah tunjuk dia lemah, sebab itu dia mahu buat semua sendiri termasuk tukar baju dan suap makan. Cuma ada satu ketika dia teringin makan cakoi dengan bubur nasi. Waktu itu dia izinkan saya suap. Saya akan lakukan apa sahaja untuk kembali ke masa itu. Sebab itu, saya tidak setuju orang tinggalkan orang tua di rumah kebajikan. Mereka tidak tahu bagaimana peritnya kehilang ibu dan bapa. Jagalah mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya