PETALING JAYA: DAP menegaskan bahawa parti itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan akan terus berkhidmat kepada rakyat serta negara dengan penuh keikhlasan.
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok berkata, parti itu akan kekal dengan pendirian sendiri dalam perjuangannya.
“Ya, DAP tidak akan diperintah oleh sesiapa. Kita harus berkhidmat kepada negara dengan hati yang bersih,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menegaskan bahawa masa depannya sebagai ketua parti hanya akan ditentukan oleh ahli DAP sendiri dan bukan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Guan Eng, DAP tidak pernah dikuasai UMNO ketika menjadi pembangkang dan perkara itu juga tidak akan berlaku ketika berada dalam kerajaan.