Daging RM25 sekilogram laris bagai pisang panas - Utusan Malaysia

Daging RM25 sekilogram laris bagai pisang panas

ORANG RAMAI mengambil kesempatan membeli daging lembu tempatan dengan harga RM25 sekilogram menjelang Ramadan di Masjid Padang Nenas, Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: MAIDAM Property menjual kira-kira 2.82 tan metrik daging lembu tempatan segar  menjelang sambutan Ramadan di tiga buah masjid di sini, hari ini.

Jualan rakyat daging lembu tempatan itu bermula  pukul 9 pagi secara serentak di Masjid Tok Ku Tuan Besar, Masjid Padang Nenas dan Masjid Wakaf Tembusu.

Daging lembu tempatan itu yang dijual pada harga RM25 sekilogram (kg) berbanding RM35 kg di pasaran itu juga laris apabila habis dijual dalam tempoh tiga jam sahaja.

Ahli Lembaga Pengarah MAIDAM Property, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, sebanyak 12 ekor lembu seberat 2.82 tan metrik disembelih bagi membantu masyarakat mendapatkan daging lembu tempatan yang menawarkan harga potongan sebanyak 28 peratus.

Katanya, jualan daging lembu tempatan bagi membantu umat Islam mengurangkan perbelanjaan akan diteruskan di beberapa masjid utama di seluruh negeri pada sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal.

“Jualan rakyat daging tempatan diadakan bukan bertujuan untuk bersaing dengan peniaga daging terutama di pasar awam, sebaliknya lebih kepada membantu umat Islam mengurangkan perbelanjaan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, MAIDAM Property juga telah menjual sebanyak 223 tan metrik dalam jualan rakyat sejak pertengahan Disember tahun lalu.

Menurutnya, pihaknya juga bersedia berkerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan lain yang bercadang menganjurkan jualan rakyat daging lembu tempatan iti.

“MAIDAM Property bersedia membekalkan daging lembu tempatan bagi membantu masyarakat menjimatkan perbelanjaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya