City berisiko gagal ke Liga Juara-Juara

City berisiko gagal ke Liga Juara-Juara

PEP Guardiola gusar dengan prestasi merudum anak buahnya pada musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NOTTINGHAM: Manchester City berisiko untuk hilang slot ke Liga Juara-Juara selepas tumbang 0-1 kepada Nottingham Forest di Stadium City Ground, kelmarin.

Pengendali City, Pep Guardiola menyedari perkara itu dan memberi amaran kepada anak buahnya agar memandang serius baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Callum Hudson-Odoi pada minit ke-83, sekali gus menambahkan derita buat skuad The Citizens yang bergelut dengan prestasi.
Kekalahan itu merupakan yang kesembilan buat City dalam saingan EPL musim ini, sekaligus catatan terburuk mereka sejak dipimpin oleh Guardiola.

Kedudukan mereka dalam kelompok empat teratas kini semakin terancam, dengan Chelsea hanya satu mata di belakang dan segala kemungkinan boleh berlaku.

Guardiola jelas kecewa dengan situasi semasa pasukannya, sambil menegaskan bahawa City perlu segera bangkit jika tidak mahu kehilangan slot Liga Juara-Juara musim depan.

“Kami perlu menang lebih banyak perlawanan. Dengan baki 10 perlawanan, kami harus mengutip sebanyak mungkin mata. Kelayakan ke Liga Juara-Juara tidak akan datang bergolek, ia tidak jatuh dari langit. Kami perlu bekerja lebih keras,” katanya.

City akan berdepan Brighton pada hujung minggu ini sebelum berehat untuk aksi antarabangsa, namun Guardiola sedar cabaran getir bakal menanti pasukannya jika mereka tidak segera memperbaiki kelemahan.

Dalam perlawanan semalam, penjaga gol City, Ederson Moraes, menerima kritikan selepas gagal menepis rembatan Hudson-Odoi, namun Guardiola enggan menyalahkan pemainnya secara individu.

“Kami menang sebagai satu pasukan, kami kalah sebagai satu pasukan. Sekarang bukan masa untuk menuding jari, tetapi untuk mencari penyelesaian,” tambahnya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya