Cico makin sihat, rajin buat 'live' - Utusan Malaysia

Cico makin sihat, rajin buat ‘live’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUDAH lama juga Cik Bunga tidak dengar khabar pelakon dan anak kepada penyanyi bertaraf legenda, Uji Rashid yang seorang ini. Siapa lagi kalau bukan Cico Harahap. Kalau tidak silap, tahun lalu Cico mengejutkan ramai apabila dia diserang penyakit jantung. Satu yang Cik Bunga ter kir pada waktu itu, bagaimanalah agaknya keadaan Kak Uji menghadapi ujian itu. 

Namun sebagaimana yang Kak Uji pernah katakan sebelum ini, dia reda dengan takdir Tuhan apabila pada usianya yang sudah lanjut, Allah berkehendakkan dia masih menjaga anaknya itu meskipun sudah dewasa. Itulah naluri seorang ibu bukan? Anak tetap anak. Tetapi satu yang Cik Bunga tumpang gembira, bila beberapa kali ternampak Cico selalu buat live di TikTok. Boleh dikatakan hari-hari jugalah dia buat live.

 Rajin betul dia melayan pertanyaan peminat dan pengikut meskipun dia tidak berceloteh. Satu-satu cuba dijawab sebaik mungkin walaupun kebanyakan pertanyaan itu sama iaitu ‘Cico sudah tidak berlakonkah?’ Ringkas sahaja jawapan Cico, InsyaAllah. Tersenyum sahaja dia sepanjang melayan pertanyaan peminat dan itu bagi Cik Bunga satu petanda baik. 

Dari situ boleh nampak kesihatannya juga semakin baik. Cik Bunga ada dengar dia juga rajin bersenam pagi dengan berjoging dan malam pula ke gimnasium. Cuma di bulan Ramadan ini, katanya dia bertarawihlah. Alhamdulillah, semakin sihat Cico. Cik Bunga pasti ramai sedang menunggu kemunculan semula Cico.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya