Celine Dion mangsa penipuan AI - Utusan Malaysia

Celine Dion mangsa penipuan AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bintang antarabangsa, Celine Dion, 56, mengeluarkan amaran mengenai penggunaan secara haram suaranya menerusi beberapa buah lagu yang kini berlegar dalam seluruh media sosial.

CNN melaporkan, Dion, menerusi satu perkongsian di akaun Instagram rasminya mendakwa, suaranya telah disalahguna dan dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan lagu-lagu berkenaan.

”Saya dimaklumkan mengenai kewujudan pihak-pihak tertentu yang menggunakan AI untuk mengeksploitasi persembahan suara saya, nama dan sebagainya menerusi lagu-lagu yang kini secara meluas tersebar di media sosial.

”Ingin saya tegaskan kesemua hasil rakaman berkenaan adalah palsu, tidak dibenarkan dan bukan karya yang terkandung dalam diskografi saya,” tegasnya.

Penyanyi lagu My Heart Will Go On itu bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik tajuk lagu-lagu itu.

Penyalahgunaan AI dalam bidang muzik hangat diperdebatkan dengan lebih 200 artis, termasuk Billie Eilish, Kacey Musgraves, J Balvin, Ja Rule, Jon Bon Jovi, the Jonas Brothers, Katy Perry dan Miranda Lambert mengisytiharkan perang terhadap ancaman AI dalam industri berkenaan.

Menerusi satu petisyen yang ditandatangani artis-artis tersebut, pembangun, syarikat teknologi dan penyedia perkhidmatan muzik digital dituntut untuk menghentikan penggunaan AI.

Ancaman-ancaman tersebut termasuklah peniruan suara, dan penyalahgunaan AI untuk memansuhkan bayaran royalti lagu serta pemalsuan karya. – UTUSAN

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN