Caruman simpanan syariah KWSP tidak wajibkan

Caruman simpanan syariah KWSP tidak wajibkan, tetapi digalakkan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan pencarum beragama Islam melakukan simpanan syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebaliknya digalakkan secara sukarela.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sebaliknya akan menggalakkan semua pencarum beragama Islam untuk berbuat demikian memandangkan kadar dividen dinikmati kedua-dua jenis simpanan menunjukkan prestasi baik.

Katanya, beberapa langkah baharu untuk menarik perhatian umat Islam memilih caruman patuh syariah perlu diambil termasuk oleh KWSP.

“Tiada dasar yang mewajibkan umat Islam mencarum dalam simpanan syariah. Namun, dengan rekod dividen simpanan syariah yang baik, kita berharap lebih ramai akan memilihnya.

“Umat Islam perlu diberikan penjelasan mengenai erti dan perbezaan perbankan tanpa faedah dan beberapa instrumen syariah diperkenalkan dalam instrumen kewangan kerana Malaysia mutakhir ini dianggap paling ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai dasar mewajibkan pencarum beragama Islam mengalihkan caruman kepada simpanan syariah, pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Minggu lalu,  KWSP mengumumkan kadar dividen lebih tinggi, iaitu sebanyak 6.30 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi 2024, membabitkan jumlah agihan sebanyak RM73.24 bilion.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya