Caring Pharmacy, Art Jamila lancar kempen raya - Utusan Malaysia

Caring Pharmacy, Art Jamila lancar kempen raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Caring Pharmacy mempersembahkan kempen bermakna, Syawal di Hati, Kenangan Abadi yang menampilkan kolaborasi istimewa bersama artis autistik terkenal Malaysia, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri atau lebih dikenali sebagai Art Jamila

Menurut Caring Pharmacy, kempen ini mencerminkan komitmen mereka dalam menyokong bakat tempatan serta memupuk pemahaman lebih mendalam mengenai kepelbagaian neuro.

“Dengan menampilkan hasil karya Art Jamila, saya berharap dapat mencetuskan perbincangan mengenai sumbangan berharga individu neurodivergent dan meraikan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

“Sebagai jenama yang menitikberatkan keterlibatan komuniti,kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Art Jamila. Kami merancang kempen ini dengan teliti bagi memastikan karya seni beliau seiring dengan matlamat kami untuk menghargai serta mengangkat bakat neurodivergent,” katanya.

Dalam pada itu, kongsi Art Jamila, kempen tersebut memberinya peluang berkongsi seni dan kisah peribadi dengan lebih ramai orang.

“Saya berharap karya saya dapat menginspirasikan masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian, kreativiti dan keindahan inklusiviti,” katanya.

Selain sampul duit raya edisi terhad, rangkaian farmasi itu turut merancang pelbagai inisiatif lain bagi memastikan kempen ini memberi impak yang lebih luas. Ia merangkumi program pendidikan, aktiviti interaktif serta promosi khas.

Bagi menyemarakkan lagi kemeriahan Aidilfitri, Caring bersama Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy akan menganjurkan jualan istimewa dari 7 Mac hingga 7 April 2025.

“Sepanjang tempoh ini, pelanggan berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik, dan mereka yang berbelanja RM30 ke atas akan menerima sampul duit raya edisi terhad secara percuma.

“Kempen ini bukan sekadar satu inisiatif perayaan, tetapi juga bukti usaha kami dalam mengangkat nilai seni, mempromosikan kepelbagaian, serta memastikan Aidilfitri disambut dengan lebih bermakna oleh semua lapisan masyarakat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya