Capaian 5G capai 82.4 peratus - Utusan Malaysia

Capaian 5G capai 82.4 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI:  Capaian liputan rangkaian 5G di negara ini semakin meluas dan telah mencapai 82.4 peratus meliputi kawasan berpenduduk, sehingga Disember tahun lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, ia menjadikan Malaysia antara negara yang terpantas di dunia dalam memperluas akses komunikasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kadar penembusan akses 5G dalam kalangan rakyat di seluruh negara pula turut menunjukkan perkembangan yang positif.

“Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara turut meningkat kepada 53.35 peratus setakat Disember tahun lalu, berbanding 24.6 peratus pada tahun sebelumnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Future Health 4 All (FH4A) di Dewan Raya Putra Kulai, di sini.

Katanya, kadar capaian 5G di negeri ini juga semakin baik dan melebihi kadar purata kebangsaan iaitu pada Kasar 84.2 peratus.

Tambahnya, kadar liputan rangkaian 4G di Johor telah mencapai 99.9 peratus, sehingga Disember tahun lalu.

Ahli Parlimen Kulai itu berkata, perkembangan itu dilihat melonjakkan sektor kesihatan terutama untuk membuat pemantauan dan saringan secara digital dan merealisasikan potensi penuh rangkaian 5G dalam memperkasakan sektor penjagaan kesihatan.

“Program Rintis FH4A ini adalah inisiatif strategik bertujuan untuk mengaplikasikan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara, selain memastikan keterangkuman dan kesaksamaan akses kepada perkhidmatan kesihatan.

“Program sebegini adalah untuk mendidik masyarakat mengenai kesedaran tentang kesihatan, mengguna pakai teknologi terkini untuk saringan kesihatan dan memantau tahap kesihatan.

“Jadi, kami bawakan teknologi ini supaya penduduk di sini boleh mengalami sendiri dan juga lebih peka tentang perkhidmatan dan teknologi sedia ada untuk muat tentang jaga kesihatan sendiri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya