Caj RM320 jamu pekerja asing tidak berpuasa

Caj RM320 jamu pekerja asing tidak berpuasa

MOHD. Fared Mohd. Khalid menyertai serbuan ke atas sebuah kedai makan di kawasan Pasar Borong Pandan, Johor Bahru, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebuah kedai makan di Pasar Borong Pandan di sini, dikesan mengenakan bayaran sebanyak RM320 sebulan bagi membolehkan pelanggannya menikmati hidangan termasuk pada waktu tengah hari sepanjang Ramadan.

Serbuan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) mendapati, kira-kira 20 warga asing beragama Islam sedang makan dengan sebahagiannya cuba melarikan diri melalui pintu belakang premis.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, kedai makan milik warga tempatan itu merupakan lokasi ketiga yang diserbu semalam selepas menerima aduan awam terhadap kesalahan di bawah Seksyen 15 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

“Ketika serbuan, ada yang masih menyuap makanan dan menghirup minuman secara terbuka. Perbuatan ini jelas tidak menghormati kesucian Islam dan undang-undang Syariah tetap terpakai kepada mereka selagi beragama Islam,” katanya ketika ditemui.

Individu yang ditahan boleh dikenakan kompaun RM1,000 atau hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kesemua mereka akan dipanggil ke Bahagian Penguatkuasaan JAIJ sebelum tindakan lanjut ditentukan oleh Bahagian Pendakwaan Syarie Negeri Johor.

Tambah Mohd. Fared, JAIJ dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menjalankan siasatan lebih menyeluruh terhadap peniaga yang menggalakkan umat Islam makan secara terbuka pada siang Ramadan.

“Jika tiada yang menjual, tiada yang akan membeli. Pemilik premis ini akan dipanggil bagi menjelaskan bagaimana aktiviti ini boleh berlaku dan tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya