Buruh Rohingya didakwa sumbang mahram dengan anak - Utusan Malaysia

Buruh Rohingya didakwa sumbang mahram dengan anak

TERTUDUH (empat dari kanan) ketika tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seorang buruh etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu melakukan sumbang mahram dan amang seksual terhadap anak perempuannya, dua minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun di rumahnya di Pengkalan Machang, Sungai Dua di sini, pada 8 Mac lalu.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan sebatan.

Dalam prosiding sama, tertuduh mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan amang seksual fizikal terhadap anaknya itu dengan cara memegang payudara di lokasi sama pada 12 Mac lalu.

Atas perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak memohon agar tertuduh tidak dikenakan jaminan atas faktor hubungan lelaki itu dengan mangsa selain kedua-dua pertuduhan adalah serius iaitu membabitkan kesalahan seksual terhadap kanak.

Bagaimanapun tertuduh diwakili peguam Rafael Abdullah merayu jaminan diberikan terhadap anak guamnya dan memaklumkan bahawa tertuduh akan tinggal bersama kakak saudaranya di Jalan Baru, Perai di sini.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM22,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan kehadiran dua orang penjamin warga tempatan.

Tertuduh turut diarah untuk melapor diri di balai polis berhampiran serta dilarang mengganggu mana-mana saksi pendakwaan sehingga kes selesai. Sebutan semula kes ditetapkan pada 9 Mei depan sementara menunggu serahan laporan perubatan mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya