PETALING JAYA: Bursa Malaysia meneruskan trend kejatuhan apabila ditutup pada 1,484.83, susut 35.32 mata pada pukul 5 petang hari ini.
Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,504.71.
Jumlah dagangan sebanyak 3.08 bilion unit bernilai RM3.36 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 664 berbanding 297 dengan 467 kaunter tidak berubah dan 976 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menaik 25.98 mata atau 0.071 peratus kepada 36,819.09 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 1.47 peratus kepada 2,574.82 dan Indeks STI Singapura naik 0.27 peratus kepada 3.836.17.-UTUSAN