PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 12.58 mata kepada 1,524.73 pukul 9.05 pagi hari ini, berbanding 1,512.15 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,517.58.
Jumlah dagangan sebanyak 104.09 juta unit bernilai RM63.04 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 248 berbanding 43 dengan 213 kaunter tidak berubah dan 1,932 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun naik 474.84 mata atau 1.28 peratus kepada 37,529.87 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 1.44 peratus kepada 2,603.56 manakala Indeks STI Singapura menambah 0.5 peratus kepada 3,855.27.-UTUSAN