Bunga mahu anak, cuma tunggu dua tahun lagi - Utusan Malaysia

Bunga mahu anak, cuma tunggu dua tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Bunga, tidak merancang untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat. 

Bunga atau Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 25, merasakan usianya masih muda untuk bergelar ibu selepas setahun mendirikan rumah tangga dengan komposer, Amzar Sabri pada Oktober 2023.

Perancangan untuk memiliki cahaya mata ada, cuma bukan sekarang. InsyaAllah saya tunggu bila umur saya 27 atau 28 tahun,” katanya. 

Bunga ditemui di  Majlis Peluncuran 100 Lagu 100 Tahun di sebuah hotel, baru-baru ini. 

Mengulas mengenai kehidupan berumah tangga, penyanyi Nak Buat Cane? Tidak mahu terlalu berkongsi kehidupan peribadinya bersama suami di media sosial. 

“Bagi saya, kalau mahu tunjuk suami, saya tunjuk. Tapi tidaklah setiap masa. Lagipula kami ada kerja masing-masing.

“Kalau ada benda kelakar mahu dikongsi, saya akan tunjukkan cuma tidak keterlaluan,” tambahnya. 

Sehingga kini, Bunga masih merahsiakan bila tarikh sebenar perkahwinannya. Ujarnya, keputusan itu dibuat bagi menghormati permintaan keluarga.

“Keluarga minta rahsiakan sebab saya masih belajar. Saya turuti sahaja dan kita tidak tahu mata orang bagaimana perasaan mereka. 

“Keluarga saya mahukan acara yang sederhana. Adik beradik kami sudah ramai jadi itu pun sudah cukup. Apa yang penting ialah keadaan selepas kahwin. Kami tidak mahu membazir,” ceritanya.

Dalam perkembangan lain, Bunga baru sahaja melancarkan lagu raya bertajuk Sebulan Raya yang dihasilkan oleh Edry Abdul Halim. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya