Bukan tak mahu kahwin, jodoh saya belum sampai - Utusan Malaysia

Bukan tak mahu kahwin, jodoh saya belum sampai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Zarina Zainoordin, 41, mengakui dirinya kini dalam fasa menyerahkan soal jodohnya pada ketentuan Yang Maha Esa.

Lebih sedekad menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan, Zarina juga tidak terburu-buru untuk mengakhiri zaman solo dan menunggu masa yang sesuai meskipun sedar sudah terlajak usia.

“Saya sudah 11 tahun bersama si dia. Setakat ini saya tak curang memang dengan dia sahaja. Bukan tidak mahu kahwin. Kami pun ada berbincang dan saya hanya menunggu sahaja. Doakan yang baik-baik,” katanya.

Dalam masa sama, bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua itu juga enggan terlalu memikirkan soal kahwin demi menjaga emosi dan kesihatan mentalnya.

“Siapa yang tidak mahu berkahwin. Balik raya pun semua orang sudah ada anak. Cumanya, jodoh saya belum sampai. Kalau fikir sangat boleh jadi murung. Nasib baik ibu saya tidak memaksa.

“Ada satu masa, keluarga tanya bila mahu kahwin ketika saya tengah makan. Terus berubah air muka saya. Nak makan pun jadi tak boleh telan, terus lari masuk kereta. Selepas kejadian itu, mereka tidak tanya lagi dan semakin faham, Alhamdulillah.

“Apa yang penting, saya tidak mahu susahkan mak, biar ada duit sendiri. Saya tidak mahu tak bekerja dan pergi susahkan mak,” jelasnya.

Zarina berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang akhbar Dapur Goodday:Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton, baru-baru ini.

Sebelum ini, Zarina mendedahkan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan berusia 53 tahun yang berstatus duda dua anak tetapi bukan dalam kalangan orang seni.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya