Bukan lagi urusan saya - Bella Astillah - Utusan Malaysia

Bukan lagi urusan saya – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Mengaku bersalah atau sebagainya, ia bukan lagi urusan saya.”

Demikian jawapan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mengenai pengakuan bersalah bekas suaminya, Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies atas tuduhan berkhalwat, sebelum ini.

Bella yang berusia 31 tahun enggan lagi dikaitkan dengan urusan bekas suaminya kerana mereka tidak lagi mempunyai sebarang pertalian.

“Saya dimaklumkan mengenai hal itu (pengakuan bersalah) dari seorang sahabat.

“Pada saya, apa sahaja keputusan yang mereka ambil, mengaku bersalah atau tidak, bukan lagi urusan saya.

“Saya hanya mahu berikan tumpuan kepada diri sendiri dan anak-anak. Selebihnya, saya serahkan kepada Allah S.W.T,” katanya.

Jabatan Pendakwaan Syariah Kuala Lumpur pada 27 Februari lepas mengesahkan kes khalwat membabitkan Aliff dan Ruhainies selesai susulan bayaran denda RM3,000 yang mereka lunaskan baru-baru ini.

Keduanya sekitar Jun tahun lepas hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin berhubung kes berkenaan yang berlokasi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

keduanya, pada Mac tahun lepas ditangkap selepas didapati bersekedudukan di kondominum berkenaan.

Tiga bulan selepas itu, Bella memfailkan cerai talal satu buat kali kedua terhadap Aliff. – UTUSAN

 

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah enggan mengulas lanjut mengenai hal tersebut kerana bimbang kenyataannya disalah erti.

”Risau tersalah cakap, jadi saya kalau boleh tak mahu ulas lanjut.

“Apa pun, kalau kita buat baik, Insya-Allah yang datang kepada kita juga perkara yang baik,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya