Bukan buang serban, cuma tidak pakai ke acara hiburan- Ojen - Utusan Malaysia

Bukan buang serban, cuma tidak pakai ke acara hiburan- Ojen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tampil kemas dengan imej maskulin, penyanyi, Ojen, menafikan dakwaan sudah ‘membuang’ serban sebaliknya berdandan mengikut kesesuaian acara. 

Jelas Ojen atau Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli, 28, dia hanya akan mengenakan serban dalam acara tertentu dan bukannya ketika menghadiri majlis hiburan.

“Pakai serban sudah jadi treadmark saya, dari jauh orang boleh nampak. Kalau orang tanya adakah saya sudah buang serban, jawapannya tidak sama sekali. 

“Cuma saya menghormati acara. Saya terima teguran orang bila pergi acara melibatkan hiburan jangan berserban sebab tidak manis. Juga untuk menghormati agama.

“Saya ambil nasihat itu dan perbaiki diri. Sekali lagi, saya tidak akan tinggalkan serban. Ada masa saya pakai dan ada masanya berambut pendek,” katanya ketika ditemui di Shah Alam Convention Center, baru-baru ini. 

Tidak terlepas daripada sindiran ada yang mengatakan penyanyi Hubb itu terlalu berusaha untuk menutup kelembutan, Ojen bagaimanapun tidak cepat melatah.

“Saya baca semua komen. Jika ramai yang perkatakan tentang sesuatu perkara mungkin saya perlu perbaiki. 

“Apabila potong rambut pendek, saya harap mereka dapat lihat sisi maskulin saya. Saya tidak rasa kelembutan satu kesalahan. Kita boleh jadi diri sendiri cuma berpada-pada.

“Kalau nak berfesyen, kita juga bebas lakukan itu. Tapi saya lebih berhati-hati dan tahu mana yang halal dan haram.

“Cuma saya harap orang di luar sana jangan terus hentam orang sesuka hati dan jagalah tutur kata di bulan Ramadan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya