Budak lelaki enam tahun mati dipercayai didera pangasuh, suami

Budak lelaki enam tahun mati dipercayai didera pangasuh, suami

DATUK RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang suami isteri disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun sehingga menyebabkan kematian dalam kejadian di Kepong dekat sini semalam. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan berusia 37 tahun kira-kira pukul 7.30 pagi berkaitan kejadian terbabit.

Katanya, mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pengasuh wanita. 

“Hasil bedah siasat menemukan kira-kira 20 kecederaan pada kepala, badan, tangan dan kaki dipercayai akibat hentakan benda tumpul. 

“Susulan itu, kita menahan pengasuh dan suaminya berusia 25 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. 

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dijaga oleh pengasuh wanita terbabit sejak 21 Januari lalu dengan bayaran RM800 sebulan. 

Katanya, mangsa tinggal dengan pasangan terbabit sebulan sekali oleh ibunya berusia 27 tahun kerana bekerja syif sebagai pegawai pemasaran. 

“Maklumat awal mendapati ibu bapa mangsa telah bercerai.

“Suspek lelaki bekerja sebagai penunggang p-hailing dan wanita terbabit hanya bekerja sebagai pengasuh mangsa,” katanya. 

Menurutnya, pasangan terbabit mempunyai tiga orang anak berusia antara empat hingga tujuh tahun. 

“Kecederaan hanya ditemukan pada badan mangsa. Dua suspek kini direman bermula hari ini hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan,” katanya.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya