Budak cedera parah diserang sekumpulan anjing - Utusan Malaysia

Budak cedera parah diserang sekumpulan anjing

KANAK-kanak lelaki cedera parah di kepala selepas dipercayai diserang sekumpulan anjing di Kampung Dedek, Sungai Menghulu di Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas dipercayai diserang sekumpulan anjing dalam kejadian di Kampung Dedek, Sungai Menghulu, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashaari berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi berhampiran rumah mangsa.

“Mangsa merupakan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun, dia dipercayai dikelilingi dan diserang sekumpulan anjing dalam kejadian terbabit.

“Kanak-kanak itu mengalami cedera parah di kepala dan cedera di seluruh badan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Shariman berkata, pihak hospital dan ibu mangsa telah membuat laporan polis ekoran kejadian itu.

Sementara itu, kanak-kanak terbabit dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini menerima pemantauan lanjut selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Maliha (HSM), di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya