Bubur lambuk gear box Pok Cik Abas ditunggu-tunggu

Bubur lambuk gear box Pok Cik Abas ditunggu-tunggu

ROHAIMI Rashid mengagihkan bubur lambuk ‘gear box’ Pok Cik Abas kepada orang ramai di Pasar Tani Ladang Hiliran, Kuala Terengganu semalam. – MINGGUAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Gabu­ngan rasa lemak ikan selayang, daging cincang dan tulang gear box menjadikan bubur lambuk Pok Cik Abas sentiasa ditunggu-tunggu orang ramai setiap kali tibanya Jumaat pada bulan Ramadan.

Menu tradisional penduduk Terengganu itu diagihkan secara percuma oleh komuniti kecil di tapak Pasar Tani Padang Hiliran di sini, pada hari tersebut.

Program infak bubur lambuk gear box Pok Cik Abas itu diketuai oleh Rohaimi Rashid, 56, yang dibantu kira-kira 20 individu lain termasuk peserta pasar tani tersebut.

Rohaimi berkata, ketika bersekolah rendah, dia dan beberapa rakan diminta ke Masjid Hiliran membantu seorang ahli jawatankuasa masjid itu yang dikenali sebagai ‘Pok Cik Abas’ menyediakan bubur lambuk tersebut pada bulan Ramadan.

“Itulah kenangan zaman kanak-kanak saya, berada di masjid menyediakan bahan-bahan masakan dan membantu Pok Cik Abas mengagihkannya kepada penduduk kampung untuk berbuka.

“Ketika itu, penduduk boleh membawa bekas makanan dari rumah masing-masing dan Pok Cik Abas memberikan bubur lambuk mengikut jumlah orang yang berada di setiap rumah.

“Tradisi itu kami teruskan hingga sekarang dengan tidak menyediakan bekas makanan, sebaliknya orang ramai yang mahu menikmati bubur lambuk Pok Cik Abas ini perlu membawa bekas dari rumah dan menerimanya mengikut kuantiti bilangan ahli keluarga yang ada di rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengagihkan hidangan tersebut kepada orang ramai di Pasar Tani Padang Hiliran, kelmarin yang turut dihadiri Timbalan Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, Ahmad Rafiee Musa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya