Bomba siasat punca kebakaran didakwa akibat bunga api

Bomba siasat punca kebakaran didakwa akibat bunga api

SEBUAH rumah didakwa mengalami kebakaran sehingga 60 peratus akibat percikan bunga api di Kampung Kuala Bekah, Kepala Batas, Pulau Pinang.-GAMBAR/JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang kini sedang melakukan siasatan untuk mengenal pasti sama ada kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Kuala Bekah di sini, hari ini berpunca daripada percikan bunga api.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, sebuah rumah kelas B berkeluasan 20 kali 40 kaki persegi itu musnah kira-kira 60 peratus. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Mohd Faizwan Che Amat berkata, pihaknya mengambil sedikit masa untuk menjalankan kerja pemadaman api disebabkan pili berhampiran kawasan kejadian rosak akibat perbuatan vandalisme.

“Api bagaimanapun berjaya dikawal daripada merebak menerusi bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berdekatan dan siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian sama ada disebabkan bunga api seperti yang didakwa atau sebaliknya,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video di aplikasi TikTok berdurasi 30 saat memaparkan tragedi terbabit yang didakwa berpunca daripada seorang kanak-kanak yang bermain bunga api dalam rumah terbabit.

Turut kelihatan dalam rakaman video itu ialah seorang wanita yang terduduk sambil ditenangkan orang ramai selepas melihat kediamannya musnah dalam kejadian terbabit.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya