Bomba angkat wanita obesiti sesak nafas ke hospital

Bomba angkat wanita obesiti sesak nafas ke hospital

SEORANG wanita obesiti seberat 160 kg mengalami kesukaran bernafas terpaksa diangkat anggota bomba di kediamannya di Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang wanita obesiti seberat 160 kilogram (kg) mengalami kesukaran bernafas di kediamannya di Taman Rambai Jaya di sini, hari ini sebelum dibantu anggota bomba dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 dan segera menggerakkan jentera ke lokasi.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Noor Hafizah Mohammed, seramai tujuh anggota termasuk lima daripada unit Fire Rescue Tender (FRT) dan dua anggota lori angkut telah dikerahkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi pada pukul 2.53 pagi, pasukan operasi mendapati seorang wanita berusia 29 tahun mengalami kesukaran bernafas.

“Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja mengangkat pesakit ke dalam lori angkut sebelum dihantar ke Hospital Melaka dengan ditemani seorang pegawai perubatan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Tambah Noor Hafizah, operasi yang berlangsung lebih 13 jam itu berakhir sepenuhnya pada pukul 4.05 petang tadi dengan semua anggota selamat kembali ke balai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya