BN umum calon PRK Ayer Kuning 5 April - Utusan Malaysia

BN umum calon PRK Ayer Kuning 5 April

SAARANI Mohamad menyampaikan sumbangan kepada penerima pada program Meriah Beraya Sejahtera Bersama di Bidor hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Barisan Nasional (BN) akan melancarkan jentera kempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 5 April ini.

Pengerusi BN dan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, BN juga akan mengumumkan calon yang akan bertanding pada majis tersebut.

“Majlis pelancaran jentera dan pengumuman calon itu nanti bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan,” katanya,

Beliau ditemui pemberita pada Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama di Dewan Kampung Dato Kamaruddin, Jalan Teluk Intan, Bidor di sini hari ini.

Sementara itu, Saarani mengingatkan Pembangkang agar tidak memainkan naratif UMDAP, merujuk kepada kerjasama UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, ini kerana Bersatu dan Pas juga pernah bekerjasama dengan DAP.

Katanya, ini bermakna BN juga boleh mengatakan kerjasama itu sebagai ‘Bersadap’ yang  merujuk kerjasama Bersatu, Pas dan DAP

“Pada 2008, Razman (Zakaria) dan Idris (Ahmad) adalah penyokong PASDAP bagi menubuhkan kerajaaan Perak bersama DAP.

“Manakala, pada tahun 2018, Datuk Peja (Ahmad Faizal Azumu) dan Tun Dr. Mahathir menubuh kerajaan Pakatan Harapan atas nama BERSADAP,” katanya.

Dalam pada itu, Saarani menolak dakwaan pelantikan 26 wakil politik UMNO dan PH Perak sebagai Pegawai Khas Menteri Besar (MB) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pembangkang di negeri ini menafikan hak wakil rakyat Perikatan Nasional (PN).

“Peruntukan kepada Pegawai Khas Menteri Besar itu untuk rakyat. Mereka tidak sebut pula saya tambahkan duit peruntukan pusat khidmat daripada RM7,000 kepada RM10,000 sebulan.

“Daripada RM10,000 itu, sebanyak RM7,000 bagi pengurusan pusat khidmat, RM3,000 pula dia bebas gunakan nak bagi duit raya, kenduri, yang itu mereka tidak sebut dalam kempen mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya