BN kaji sentimen 31,897 pengundi Ayer Kuning

BN jejaki 31,897 pengundi Ayer Kuning

SUASANA pekan kecil Ayer Kuning di Tapah. - UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Barisan Nasional (BN) telah memulakan gerak kerja bagi mengesan sebahagian besar 31,897 pengundi berdaftar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut.

Naib Ketua UMNO Bahagian Tapah, Safri Mohamad Salih berkata, langkah berkenaan penting untuk mengesan status pengundi sama ada mereka menetap di sekitar Ayer Kuning di sini atau di tempat lain.

Menurutnya, perkara itu perlu dilakukan awal tanpa perlu me­nunggu nama calon diumumkan.

“Jangan tunggu semasa tempoh berkempen selama dua minggu baru kita mahu jejaki pengundi.

“Jumlah 31,897 pengundi bukannya sedikit kerana terdapat 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Ayer Kuning yang merangkumi ladang, kampung, kampung baru dan estet. Tidak terkejar jika ia dilakukan pada saat akhir,”  katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Katanya, semua parti komponen BN dan Pakatan Harapan (PH) telah mengenal pasti ahli masing-masing terutama pengundi di kawasan itu.

Menurutnya, usaha mengesan pengundi yang dilakukan sekarang tepat pada masanya dan tidak terlalu cepat atau tidak terlalu lambat.

“Gerak kerja mengesan pengundi lebih  tersusun dan menjelang tarikh mengundi nanti,  banyak perkara telah diselesaikan. Sebaiknya calon tempatan diangkat supaya pengundi BN dan PH tidak boikot dengan cara tidak keluar mengundi atau undi calon parti pembangkang,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.

Pada PRU15, Ishsam mewakili BN ketika itu menang dengan 2,213 majoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru,.

Beliau mendahului calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).

Kerusi DUN Ayer Kuning menjadi kubu kuat BN sejak lapan penggal lalu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya