Bersahur 'termakan' ikan cendaru berulat

Bersahur ‘termakan’ ikan cencaru berulat

ULAT berenga mati ditemukan pada lauk ikan cencaru berlada  dibeli pasangan suami isteri di sebuah gerai di Kampung Wakaf Zin, Bachok, Kelantan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Sepasang suami isteri terkejut apabila ikan cencaru berlada yang dibeli mereka untuk dijadikan hidangan bersahur di sebuah gerai di tepi jalan di Kampung Wakaf Zin, Tawang di sini, semalam ada ulat berenga.

Seorang peniaga yang dikenali dengan Ayuni, 34, berkata, dia mendapati bahagian perut ikan cencaru berlada itu dihurungi ulat berwarna putih.

Katanya, dia membeli ikan cencaru berlada itu bersama patin masak tempoyak dan tomyam di sebuah gerai menjual lauk dan air kira-kira pukul 7 malam.

Katanya, ikan cencaru berlada yang dibeli itu kemudian disimpan di dalam peti ais untuk bersahur.

“Apabila bangun untuk sahur pagi tadi, saya panaskan lauk itu di dalam ketuhar gelombang mikro untuk dimakan bersama suami. Selepas saya dan suami habis makan, saya baru sedar ikan itu ada ulat berenga yang sudah mati selepas ia dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro,” katanya di sini hari ini.

Ayuni berkata, dia sebelum ini pernah dimaklumkan oleh rakannya bahawa gerai itu kebiasaannya banyak lauk yang tidak habis.

“Saya syak ikan cencaru itu dihinggapi lalat semasa peniaga itu menjual makan tersebut di gerainya. Setakat ini, saya dan suami tidak mengalami sebarang simptom keracunan makanan seperti cirit-birit dan muntah. Kami cuma berasa loya dan geli kerana makan ikan yang ada ulat,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya