Berhijab demi content sahaja - Utusan Malaysia

Berhijab demi content sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SPONTAN terpacul kata Astaghfirullahalazim daripada mulut Cik Bunga semasa mendengar rakan industri berbual mengenai seorang artis wanita kita ini.

Kononnya, tindakannya mengenakan hijab itu bukan betul-betul kerana dia mahu berubah ke arah lebih baik.

Tetapi lebih kepada nak buat content di media sosial sahaja. Mana tidak terkedu kita mendengarnya? Perkara begini pun dibuat main-main. 

Tak tahulah kalau perkara lain pula. Kalau di hadapan kamera memanglah dia kata tindakannya berhijab itu sebab mahu tutup aurat dan mahu menjadi Muslimah sejati dan apa-apa sahajalah yang biasa kita dengar daripada mulut artis yang hendak berubah.

Tetapi rupa-rupanya, si dia ini menggayakan hijab sekadar content. Itu pun dia sendiri yang beritahu kepada orang belakang tabir tentang tindakannya itu.

Kalau awak sudah cakap pada orang, mustahil lah orang tidak sampaikan kepada orang lain pula ye tak? Hendak suruh orang tutup mulut macam mana sedangkan awak pun niat tidak betul untuk menutup aurat itu.

Cik Bunga harap di bulan Ramadan ini si artis ini dapat hidayahlah. Hanya Allah sahaja mampu menariknya kembali ke jalan yang betul.

Cik Bunga pun tidak sangka dia tergamak sampai macam itu sekali. Semoga dia pun dapat teguran daripada Allah. Mungkin dengan cara itu dia dapat sedar diri dan benar-benar berubah ke arah kebaikan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya