Bella wanita luar biasa, saya terhutang budi - Syed Saddiq

Bella wanita luar biasa, saya terhutang budi – Syed Saddiq

BELLA hadir memberi sokongan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Istana Kehakiman Putrajaya, - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menzahirkan ucapan terima kasih kepada Bella Astillah yang sudi hadir bagi memberikan sokongan kepadanya di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Ahli Parlimen Muar itu  juga sempat melontarkan pujian terhadap pelakon dan penyanyi itu dengan menyifatkannya sebagai seorang wanita yang luar biasa.

“Terima kasih. Dia wanita yang luar biasa dan saya terhutang budi,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di lobi mahkamah hari ini.

Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu tiba di mahkamah pada pukul 8.45 pagi dengan memakai sut berwarna hitam.

Kira-kira lima minit kemudian, Bella yang memakai baju kurung berwarna cerah bercorak bunga turut dilihat memasuki lobi mahkamah.

Bella sebelum ini turut meraih perhatian netizen selepas dilihat menemani Syed Saddiq ke Parlimen baru-baru ini.

Bella, 31, atau nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah dan Syed Saddiq pasangan yang kini ‘trending’ di media sosial selepas dipilih menjadi model baju raya bagi sebuah jenama fesyen.

Nasib Syed Saddiq sama ada dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atau kekal bersalah atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) akan diputuskan selepas hujahan di Mahkamah Rayuan di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN