Bella tampil berbaju serba putih 'temani' Syed Saddiq

Bella tampil berbaju serba putih ‘temani’ Syed Saddiq

BELLA Astillah terus mencuri tumpuan umum hadir temani Syed Saddiq di Istana Kehakiman, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah terus mencuri tumpuan umum apabila hadir bagi mengikuti hari kedua pendengaran rayuan berhubung sabitan dan hukuman berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) membabitkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bella yang memakai baju serba putih itu tiba sekitar pukul 10.28 pagi di Istana Kehakiman di sini dengan dengan ditemani seorang pengawal peribadi wanita.

Semalam, Bella turut hadir bagi memberi sokongan terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan itu yang juga gandingannya sebagai model baju raya bagi sebuah jenama fesyen.

Syed Saddiq dan Bella kini menjadi tumpuan ramai apabila mereka sering kelihatan bersama dalam pelbagai video di media sosial.

Bella, 31, atau nama sebenar Dayang Ara Nabellah sebelum ini turut meraih perhatian netizen selepas dilihat menemani Syed Saddiq ke Parlimen baru-baru ini.

Semalam, Mahkamah Rayuan mula mendengar hujahan daripada pihak pembelaan Syed Saddiq yang dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat pertuduhan berkaitan dana Armada.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin berkata demikian ketika prosiding bermula pada pukul 12.15 tengah hari.

Ahmad Zaidi berkata, mahkamah akan mendengar hujahan Syed Saddiq selaku perayu terlebih dahulu yang kemudian hujahan daripada pihak pendakwaan selaku responden disambung hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN