Bella Astillah, Syed Saddiq cetus fenomena, Muaz Zabir berdamai dengan takdir - Utusan Malaysia

Bella Astillah, Syed Saddiq cetus fenomena, Muaz Zabir berdamai dengan takdir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Muaz Zabir mengakui reda dan berlapang dada melihat keakraban penyanyi, Bella Astillah dan ahli politik, Syed Saddiq yang semakin menjadi tumpuan umum.

Menurut Muaz, 28, dia sudah pun berdamai dengan takdir malah, mendoakan yang terbaik buat hubungan Bella dan Syed yang kini semakin mendapat restu warganet.

“Saya dan Bella pernah rapat dan kami sudah berdamai dengan takdir yang tak boleh diubah. Kami juga masih berkawan. Jadi, kami teruskan kehidupan dengan versi lebih baik.

“Masing-masing sibuk dengan kerja dan saya tidak tahu hubungan itu sampai menjadi fenomena. Sedikit sebanyak boleh bantu meningkatkan nama produk.

“Nak cakap lebih- lebih tak boleh, saya doakan yang terbaik buat mereka seandainya boleh buat masing-masing gembira,” katanya.

Muaz berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang akhbar Gerobok Biru Gempak Gempita Raya hari ini.

Tampak tenang, pelakon drama bersiri Iskandar Chempaka itu tidak menafikan dia pernah ada hubungan dengan Bella sejak kontroversi lalu tercetus.

“Tak pernah nafi kami pernah rapat dari awal kontroversi kami keluar. Kenyataan pertama saya kepada seluruh netizen dan rakyat memang saya tak nafi cuma perkara tersebut sudah berlalu.

“Kami mampu merancang Tuhan yang menentukan, itu sebaik ketentuan,” ujarnya.

Muaz bagaimanapun memberitahu hubungannya dengan Bella dalam keadaan baik selain kerap berhubung atas urusan kerja.

“Saya dengan Bella tiada isu sama ada tidak bertegur atau bergaduh. Kami ada juga jumpa untuk mesyuarat bersama duta-duta lain. Jadi, kami memang dalam keadaan baik,” jelasnya.

Sebelum ini, Muaz mengakui tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan pemilik nama lengkap Dayang Ara Nabillah Awang Astillah.

Bella kini dilihat semakin akrab dengan Syed Saddiq selepas bekerjasama sebagai duta produk baju sebuah jenama pakaian tempatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya