Belanja sakan guna kad ATM orang lain - Utusan Malaysia

Belanja sakan guna kad ATM orang lain

SEORANG lelaki ditahan kerana dipercayai berbelanja sebanyak RM377.10 menggunakan kad ATM milik orang lain di Kluang, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Gara-gara berbelanja sakan dengan kad ATM milik orang lain, seorang lelaki berhadapan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, pada pukul 5.59 petang semalam polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berkaitan kehilangan kad ATM miliknya.

Katanya, susulan daripada kejadian itu, pihaknya berjaya mengesan seorang lelaki yang telah menyalahgunakan kad ATM tersebut dengan berbelanja sejumlah RM377.10 di sekitar bandar ini pada hari kehilangan dilaporkan.

“Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Kluang menahan seorang lelaki berusia 40 tahun di sekitar bandar Skudai pada pukul 12.05 pagi tadi.

“Siasatan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau selain ujian saringan air kencing negatif dari pengaruh dadah,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin, kes akan disiasat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lama tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Ujarnya, suspek ditahan reman selama empat hari hingga 4 Mac ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN