Bekas suami aktres hantar sihir kerana dengki - Utusan Malaysia

Bekas suami aktres hantar sihir kerana dengki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sudah kahwin pun iya, sudah bercerai pun iya. Tak faham juga Cik Bunga konsep mereka yang sudah berpisah tetapi masih ada rasa tidak puas hati dengan bekas pasangan.

Semuanya gara-gara dengki dan hati dipenuhi dengan sifat dendam. Perkara ini diakui sendiri oleh pelakon wanita ini kepada seorang rakan Cik Bunga yang baru-baru ini sempat bertemu muka dengannya. 

Dalam pada melihat karektornya yang bersahaja dan suka berceloteh meskipun sesekali gemar mencetuskan kontroversi di media sosial, aktres ini rupa-rupanya pernah terkena sihir. 

Akui aktres ini, setelah berubat atau mendapatkan rawatan dengan ustaz, dikhabarkan orang yang menghantar sihir itu tidak lain tidak bukan, bekas suaminya sendiri. 

Menurut aktres ini, bekas suaminya itu bukannya nak meraih cinta atau perhatiannya, sebaliknya, matlamat utamanya adalah untuk menghancurkan kehidupan wanita itu. 

Dalam erti kata lain, dia tak boleh tengok aktres ini hidup senang, ada pasangan lain atau maju dalam kerjaya yang digalas dalam dunia seni.

Dakwa si aktres tersebut, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa beratnya sakit yang ditanggung sewaktu melalui siri atau episod sihir yang dialami pada setiap kali kejadian itu berlaku sebelum ini.

Malah, pelakon ini juga mengakui sejak dah terkena sendiri, dia yang pada mulanya tak percaya pada perkara-perkara sihir akhirnya yakin bahawa ia bukan satu hal yang mustahil. 

Tak perlulah Cik Bunga dedahkan siapa dia. Sebab kata si aktres, dia tak mahu bekas suaminya itu gigih hantar sihir lagi. Dia pun dah pergi dapatkan rawatan.

Pelik juga Cik Bunga dengan orang begini. ‘Gigih’ buat amalan kurafat, tak takut dosakah? Bawa-bawakah bertaubat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya