Bekalan telur ayam cukup bagi permintaan domestik

Bekalan telur ayam cukup bagi permintaan domestik

Kerajaan beri jaminan bekalan telur negara adalah mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna domestik
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan telur ayam di Malaysia kekal mencukupi dan stabil bagi memenuhi permintaan domestik.

Bagi memastikan perkara tersebut, KPKM kerjasama erat dengan pengeluar telur tempatan supaya tahap pengeluaran telur berada pada paras yang stabil dan memuaskan.

“Bagi menjamin kestabilan bekalan, KPKM sentiasa melaksanakan pemantauan rapi ke atas rantaian pengeluaran dan pengedaran telur ayam dari peringkat ladang hingga ke pengguna akhir.

“Langkah penguatkuasaan juga terus diperkukuh dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi dan Kementerian lain bagi memantau aktiviti pengeksportan bekalan makanan ke luar negara.

“Kerajaan Malaysia melalui KPKM kekal komited dalam memastikan keterjaminan makanan negara melalui dasar dan pelan tindakan strategik yang menyeluruh, termasuk usaha meningkatkan kapasiti pengeluaran tempatan dan sokongan kepada industri agromakanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu juga adalah respon berhubung kekeliruan yang timbul daripada beberapa laporan media berkenaan kenaikan mendadak harga telur ayam di Amerika Syarikat serta dakwaan kemungkinan berlaku penyeludupan telur ayam ke luar negara.

Justeru, rakyat dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas dan sentiasa merujuk maklumat sahih melalui saluran rasmi KPKM.

“Kementerian akan terus memantau perkembangan semasa dan bersedia mengambil tindakan segera sekiranya diperlukan demi memastikan kestabilan bekalan makanan negara sentiasa cukup dan terjamin,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya