Bedah siasat kes pegawai tribunal rayuan Kastam belum selesai

Bedah siasat kes pegawai tribunal rayuan Kastam belum selesai

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Proses bedah siasat terhadap mayat seorang pegawai tribunal rayuan Kastam yang ditemukan dalam keadaan leher dan kakinya terikat menggunakan pengikat kabel di Pejabat Perbendaharaan Kementerian Kewangan di Putrajaya  semalam belum selesai.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, setakat ini, kes tersebut masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), sementara pihak forensik menjalankan siasatan lanjut.

“Kes masih dalam siasatan SDR dan sekiranya terdapat keterangan yang menunjukkan wujud unsur jenayah, ia akan diklasifikasikan semula mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Rusdi berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu melalui panggilan kecemasan MERS 999 pada 10.56 pagi sebelum sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya digerakkan ke lokasi.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki terjerut menggunakan pengikat kabel.

“Mangsa berusia 45 tahun dan merupakan Pegawai Tribunal Kastam,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelasnya, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya