Beberapa kawasan di Teluk Intan dilanda banjir - Utusan Malaysia

Beberapa kawasan di Teluk Intan dilanda banjir

KAWASAN yang dilanda banjir di Teluk Intan petang tadi. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Beberapa kawasan di bandar ini dilanda banjir petang tadi dengan penduduk mendakwa ia berpunca daripada air pasang besar.

Banjir berlaku mulai pukul 5 petang melibatkan Jalan Maharajarela, Kampung Batu 7, Kampung Lalat, Batak Rabit, Kampung Esso dan beberapa kawasan di sekitar bandar Teluk Intan.

Penduduk percaya banjir disebabkan fenomena air pasang besar akibat limpahan air Sungai Perak.

Mereka berkata, cuaca sejak kebelakangan ini agak panas dan berlaku hujan petang tadi namun tidak lebat. Banjir surut beberapa jam kemudian.

Seorang penduduk terjejas banjir, Amirul Nordin, 32, menyifatkan banjir kilat yang berlaku sebagai mengejutkan.

Menurutnya, banjir dipercayai disebabkan air pasang besar yang tiba-tiba naik di kampung itu pada kira-kira pukul 5 petang tadi ketika penduduk sedang membuat persiapan menyambut 1 Syawal.

“Kawasan ini di tepi sungai, pasti kena banjir. Banjir berlaku tiba-tiba ketika kami sedang membuat persiapan raya.

“Kami bimbang jika air pasang besar berlaku lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya