Bazar Aidilfitri Dataran Senawang terbesar di Seremban

Bazar Aidilfitri Dataran Senawang terbesar di Seremban

SUASANA meriah dengan kunjungan orang ramai di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang, Seremban ketika tinjauan semalam. UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bazar Aidilfitri Dataran Senawang di sini menjadi tapak penganjuran bazar terbesar di daerah ini iaitu melibatkan sebanyak 345 tapak perniagaan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali berkata, bazar berkenaan merupakan sebahagian daripada lapan tapak bazar Aidilfitri dianjurkan di seluruh daerah ini termasuk Nilai yang melibatkan kira-kira 705 tapak perniagaan secara keseluruhannya.

“Pada tahun ini MBS telah meluluskan sebanyak lapan tapak Bazar Aidilfitri termasuk di Dataran Senawang 1 hingga 3 membabitkan tiga penganjur serta 345 tapak, di Nilai Square membabitkan 180 tapak dan di Nilai Square membabitkan 180 tapak,” katanya.

Sementara itu, beliau terus mengingatkan peniaga di bazar-bazar terlibat supaya memastikan perniagaan mereka dijalankan sendiri oleh pelesen dan bukan menyewakannya kepada orang lain termasuk kepada warga asing.

“Kami tidak akan bertolak ansur terhadap pelesen yang memberi sewa kepada warga asing atau melantik pembantu warga asing,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Terkini Negeri Sembilan (NSU), Md Sani Md Shah berkata, tahun ini, persatuannya sekali lagi diberi peluang menjadi menjadi penganjur Bazar Aidilfitri di Dataran Senawang.

Katanya, sejak bermula awal puasa yang lalu, sambutan pengunjung ke bazar tersebut sangat menggalakkan terutama dalam kalangan penduduk sekitar.

Menurutnya, Bazar Aidilfitri Dataran Senawang sememangnya saban tahun akan menjadi tumpuan ramai kerana lokasinya yang strategik selain memang sudah dikenali dan popular sebagai lokasi mendapatkan kelengkapan lebaran.

“Tahun lalu, kami lihat ada keperluan menyediakan kemudahan surau buat peniaga dan pengunjung. Jadi, kami sebagai penganjur bukan hanya memastikan bazar ini sentiasa bersih dan sistematik bahkan menyediakan kemudahan menunaikan solat dengan lebih selesa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya