Bayar zakat fitrah lebih rendah daripada harga beras dimakan

Bayar zakat lebih rendah daripada harga beras dimakan

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bayar zakat fitrah lebih rendah daripada harga beras dimakan

Soalan
Saya ingin bertanya saya makan beras wangi tetapi saya ingin membayar zakat fitrah harga RM7. Apakah hukumnya. Adakah ini dibolehkan oleh syarak?

Ikhwan Mohd
Tanjung Malim

JAWAPAN
Zakat yang dibayar secara rendah hukumnya adalah sah namun sebagai orang bersyukur berilah yang sesuai kedudukan kita agar ia dapat dimanfaatkan oleh fuqara.

Jual makanan dalam bulan Ramadan

Soalan
Saya menjual makanan di gerai, tetapi masa Ramadan saya menjual pada waktu tengah hari dan ada pelanggan datang. Sebagai peniaga adakah wajar saya bertanya kepada pembeli berkenaan makanan yang dia beli untuk siapa? Adakah untuk mereka yang berpuasa atau tidak.Saya bimbang menanggung dosa jika yang membeli tidak berpuasa. Mohon pandangan ustaz.

Rahman Ali
Jerantut

JAWAPAN
Tidak perlu bertanya jika tidak ada tanda-tanda dia ingin makan. Kemungkinan dia ingin membeli kepada anaknya. Namun tidak salah memperingati pelanggan agar berpuasa di bulan Ramadan sebagai satu nasihat di dalam beragama.

Lambat bayar zakat fitrah

Soalan
Apakah hukum sekiranya terlambat membayar zakat fitrah pada Hari Raya?

Nordin
Gemas

JAWAPAN
Hukum membayar zakat sehingga waktu petang raya adalah berdosa dan wajib menqadanya. Ia tidak gugur daripada kewajipan membayar walaupun waktu sudah berlalu.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya