Bau busuk bawa penemuan mayat dalam rumah - Utusan Malaysia

Bau busuk bawa penemuan mayat dalam rumah

ANGGOTA bomba membuka tingkap untuk masuk ke dalam rumah berkunci di mana seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di Jalan Tasik Botani, Ipoh semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bau busuk dari sebuah rumah di Jalan Tasik Botani dekat sini semalam, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki warga emas yang dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kes seorang lelaki warga emas terkunci di dalam rumah pada pukul 9.22 malam.

Katanya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai segera diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati pintu rumah terkunci dan seorang lelaki terbaring di ruang tamu. Operasi segera dijalankan dengan membuka tingkap bagi membawa keluar mangsa.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan bagaimanapun mendapati mangsa telah pun meninggal dunia. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya