Baru terlibat edar dadah, lelaki dicekup polis

Baru terlibat edar dadah, lelaki dicekup polis

SHAHRULANUAR Mushaddat Abdullah Sani (dua dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas daripada seorang lelaki di Taman Puteri Jaya, Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang lelaki yang baru terlibat dalam pengedaran dadah sejak Januari lalu dicekup di sebuah rumah di Taman Puteri Jaya, di sini Sabtu lalu. 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan bersama kira-kira satu kilogram dadah yang dianggarkan bernilai RM282,530.

“Serbuan pukul 11.30 malam hasil maklumat awam dan risikan pihak polis. Sejumlah dadah jenis ekstasi dengan anggaran berat 1,332.50 gram bernilai RM222,530 dan 1,850 biji pil eramin 5 bernilai RM60,000 telah dirampas.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai 12 rekod berkaitan kes dadah dan jenayah.

“Dadah yang dirampas itu boleh digunakan seramai 5,000 penagih dan dipercayai diedarkan di sekitar daerah Batu Pahat dan kawasan terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Pihak polis turut menyita sebuah kereta bernilai RM30,000 menjadikan nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan berjumlah RM312,530.

“Suspek dipercayai bergerak secara bersendirian dan membeli dadah dalam kuantiti banyak sebelum mengedarkannya dalam kuantiti kecil ke pasaran tempatan,” katanya sambil memberitahu suspek kini direman selamat tujuh hari hingga 15 Mac ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya