Bantuan RM1,300 kepada mangsa banjir Beaufort dan Membakut

Bantuan RM1,300 kepada mangsa banjir Beaufort dan Membakut

HAJIJI Noor (dua kiri) bersama Shamsul Iskandar Mohd Akin (kiri) menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort, Sabah hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT: Kerajaan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) menyalurkan bantuan RM1,300 kepada ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir di daerah ini dan Membakut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan RM1,000 disumbangkan menerusi Nadma manakala, RM300 lagi disumbangkan oleh YKS bagi meringankan bebanan mangsa yang terjejas banjir.

Katanya, selain bantuan wang tunai, setiap keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) juga akan menerima bantuan makanan.

“Saya datang ke sini untuk berjumpa dengan mangsa-mangsa banjir sambil melihat sendiri keadaan di lapangan. Saya memberitahu mereka bahawa kerajaan memahami kesulitan mereka,” katanya semasa melawat mangsa banjir di PPS Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir.

Yang hadir sama, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

PPS berkenaan menempatkan 412 mangsa daripada 147 keluarga. Setakat ini, tujuh PPS dibuka di daerah ini sejak 7 Mac lalu bagi memberikan perlindungan kepada seramai 1,944 orang daripada 614  buah keluarga.

Semasa lawatan ke kawasan Pekan Beaufort yang ditenggelami air, Hajiji juga telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk membersihkan semua saluran air terutama longkang-longkang secara berkala bagi mengurangkan impak banjir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya