Bank Rakyat santuni 1,500 keluarga asnaf seluruh negara 

Bank Rakyat santuni 1,500 keluarga asnaf seluruh negara 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Rakyat hari ini menyerahkan bakul makanan beserta wang sumbangan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM300,000 kepada 1,500 keluarga asnaf secara serentak di 50 lokasi di seluruh negara.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, program sumbangan itu bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti setempat.

“Program bersempena dengan bulan Ramadan yang bertemakan ‘Hulurkan Salam’ pada tahun ini membuktikan komitmen berterusan bank dalam melaksanakan inisiatif yang memberi impak positif kepada masyarakat.

“Ia melalui cawangannya di seluruh negara, antaranya di Selayang, Selangor; Jelutong, Pulau Pinang; Pontian, Johor; Gong Badak, Terengganu; Sandakan, Sabah dan Miri, Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Bank Rakyat bukan sahaja berperanan dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang holistik, bahkan memberi sepenuh komitmen dalam inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat seluruhnya.

“Inisiatif sumbangan bakul makanan ini telah memasuki tahun keempat penganjurannya  mencerminkan komitmen berterusan Bank Rakyat yang sentiasa mengambil berat tentang aspek kebajikan sosial masyarakat.

“Ia melebihi aspek hubungan perniagaan dan keuntungan semata-mata sejajar dengan nilai Malaysia Madani yang mengutamakan kesejahteraan dan ihsan yang menjadi tunjang kekuatan operasi kami selama ini,” katanya.

Ahmad Shahril berkata, setiap penerima akan menerima kotak makanan bernilai RM100 yang mengandungi keperluan asas seperti beras, tepung, minyak masak, gula dan ketupat selain sumbangan tunai bernilai RM100. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya