Bank Muamalat tampil tawaran menarik Ramadan, Aidilfitri

Bank Muamalat tampil tawaran menarik sempena Ramadan, Aidilfitri

KHAIRUL KAMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan di samping bagi menyambut kemeriahan Syawal yang bakal menjelma, Bank Muamalat Malaysia Bhd. (Bank Muamalat) tampil menawarkan pelbagai promosi produk mereka.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, ia menerusi Kempen Ramadan Raya yang mempromosikan produk yang direka khas bagi memberikan kemudahan khidmat kewangan kepada semua pelanggan.

“Kempen Ramadan Raya ini adalah sebahagian daripada komitmen Bank Muamalat untuk terus menyokong pelanggan kami dalam memenuhi keperluan kewangan mereka, terutamanya dalam bulan penuh keberkatan ini.

“Ia juga merupakan salah satu cara kami memberi semula dengan mendukung tema Ramadan dan Raya Bank Muamalat, iaitu ‘Rezeki Dikongsi, Nikmat Disyukuri’. Dengan promosi yang berjalan, kami berharap pelanggan dapat menyambut bulan Ramadan serta Hari Raya dengan lebih bermakna.

“Pelbagai tawaran menarik ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelanggan untuk menguruskan kewangan dengan lebih mudah malah turut menceriakan perayaan Hari Raya mereka,” katanya.

Menurut beliau, antara yang ditawarkan adalah menerusi pelaksanaan Kempen GoCashless Raya dengan kerjasama PayNet yang telah dilancarkan baru-baru ini yang dilihat menyokong komitmen syarikat dalam membantu perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) melalui transformasi digital.

“Kempen ini menawarkan ganjaran berjumlah RM150,000 kepada lebih 600 pemenang, dengan hadiah utama RM10,000 untuk dua peserta bertuah. Inisiatif tersebut turut diperluaskan ke negeri-negeri lain bagi memastikan lebih ramai peniaga mendapat manfaat daripada penyelesaian pembayaran digital,” jelasnya.

Tambah beliau, Bank Muamalat turut memperkenalkan dua kempen bagi mempromosikan pakej pembiayaan uang ditawarkan.

“Kempen #SinggahDulu untuk mempromosikan pakej pembiayaan peribadi Personal Financing-i Cash-i SMART yang baharu menawarkan pembiayaan sehingga RM250,000. Pembiayaan ini tersedia untuk semua sektor, dengan pendapatan minimum serendah RM2,000 sebulan.

“Kempen #Kereta4Raya pula merupakan promosi Pembiayaan Kenderaan-i. Pelanggan dapat menikmati penangguhan bayaran selama 2 bulan dengan margin pembiayaan sehingga 100% pembiayaan dan kadar pembiayaan serendah 2.10%,” katanya yang turut memberitahu promosi produk-produk kad kredit Bank Muamalat yang menawarkan pelbagai manfaat juga akan diteruskan.

Sementara itu Khairul berkata, Bank Muamalat juga menyertai Bazar Ramadan 2025 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berlangsung 2 hingga 30 Mac ini di 42 lokasi sekitar ibu kota.

“Sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif kerajaan dan DBKL yang mengenakan kadar sewa yang berpatutan sebanyak RM500, Bank Muamalat telah menaja keperluan perniagaan percuma untuk semua peniaga gerai, termasuk khemah, dua apron dan dua topi,” jelasnya.

Selain itu, pihaknya turut memperkenalkan Bank Muamalat DuitNow QR Soundbox, sebuah terminal pembayaran digital untuk memudahkan transaksi tanpa tunai bagi peniaga dan pelanggan.

Inisiatif ini, katanya, memberi manfaat kepada 3,567 peniaga di 42 lokasi penganjuran bazar.

“Terminal Soundbox 3-dalam-1 dengan DuitNow Static & Dynamic serta PayWave bukan sahaja membolehkan peniaga memasukkan harga produk dan barangan terus ke dalam peranti malah menjana kod QR untuk transaksi tanpa gangguan.

“Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR atau menyentuh kad debit atau kredit mereka untuk proses pembayaran yang cepat dan efisien,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul berkata, Bank Muamalat juga menjalankan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat sempena Ramadan tahun ini.

“Ia memberi manfaat kepada seramai 1,902 orang daripada golongan asnaf dan lain-lain melalui program ziarah Ramadan, majlis berbuka puasa di empat wilayah dan edaran pek makanan berbuka puasa,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN